Sunday, March 20, 2011

MEminta hANya PaDa Dia..


Apabila sakit, melilau2 si anak mata. diselongkar almari,digeledah itu dan ini, hanyalah semata2 untuk mncari butiran2 pil pelbagai warna, yang entah apa isi kandungan nya, yang dianggap penyelesai segala masalah.penyembuh segala pedih perit,senak,leguh2..


Apabila berduka dan punya masalah, terkumat kamit mulut mnghina, memaki, mencaci si polan itu, si polan ini,menyalahkan atas apa yg terjadi. Tidak lama kemudian, menitislah titis2 air jernih dari mata si pemilik hati nan lara,dek xtertahan menanggung bisa di hati. kadang2, tidak keruan...meracau itu dan ini.dibaling apa shj yang terlintas dek bebola matanya..


Apabila punya hasrat dan cita2, usaha dan usaha.usaha lagi. yakin bahawa kejayaan itu datang dengan usahanya semata2. percaya bahawa dialah penentu segala2 nya...atau mungkin ke rumah tilik untuk mncuba nasib? ya, manalah tau.masin mulut si pawang, untung datang bergolek di hujung kaki.
mahu mencuba? 


Teman-teman...
sedarkah kita, siapa kita sebenarnya? Adkah kita ini terjadi dgn sendirinya?atau kita punya Khalik ?


Mungkin kita kurang sedar, mugkin kita kurang ambil kisah..
Dimanakah jatuh letaknya kebergantungan kita selama ini.
Kita laung2kan, kita bibit2kan 
Bahawa kita ini punya iman kukuh di hati, kita ini makhluk Dia yang teragung.
Kita mengaku bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
Tapi siapakah yang kita tuju apabila kita punya masalah?


"Innalillahi wainna ilaihi rojiunn"
Bukan sekadar digunakan apabila telinga mendengar jiran sebelah rumah meninggal dunia,
tetapi itulah petunjuk hidup yang Dia turunkan kpada umat manusia untuk dhayati dan diamalkan
"Daripada Dia sesuatu itu datang,dan kepada Dialah sesuatu itu kembali"
Allah itu indah.dan Dia mmberi perkhabaran yang indah kepada hamba2nya.


Ya,itu mungkin yang lain itu boleh dikira sebagai ikhtiar.
Namun, tiada yang dapat menandingi penyerahan diri secara total kepada Allah SWT.
Bersujudlah, dan mintalah apa sahaja.nescaya akan diperkenankanNya.
Bukankah Dia telah berfirman?
"Berdoalah, nescaya aku akan perkenankan"
Seusai berdoa, tambahkan sesudu "yakin pada janji Allah" dan secubit rasa "percaya pada ketentuanNya".InsyaAllah, resipi untuk mnghadapi dugaan Allah akan dapat kita kuasai.


Sedikit fakta buat teman2


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."


NIAT SOLAT HAJAT
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

 
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ
 الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

~CIK PIPI~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...