Thursday, April 14, 2011

sENsitiVIty~


Baru2 ni saya tgok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010..
memandangkan masa tu saya dan teman2 yang lain tgh final exam, makanye Internet la sumber utama kami.
nak download sendri xreti--> saya mmg buta IT
jadinya tggu kwn download, baru dapat tgok..credit to Lynn..
Lawak...mmg lawak.mcm nk pecah perut gelak...
Sampaikan rumate nk study pun terbantut dgr eden gelak.
err...maaf maaf
ye la..tgok bnda alah tu kul 12mlm,
knon2 nye xnk kacau kawan study,pkai la headphoneku yang besau gedabak tu.
kalo dah bubuh bnda tu kat tlinga, orang bom UIA pun mmg i x dengar...hadeh..
hee...dan diriku sndri pun xlh detect volume gelak tu, terkuat ke,terslow ke...
tup tup rumate msg 
"pi, mg ni psycho la.tgh2 syap....tb2 dgr mg gelak..pas2 syap balik...
xlama pastu, gelak balik.kul 1 dah ni pi oii"
haha...sorry dear 


best mmg best, lawak mmg lawak.TAPI......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Orang duk sibuk tgok maharaja lawak, ehh..nk nyibuk2 jugak la..
maka, sekali lg Lynn download ML 1 n 2...
thanx Lynn.sayang u lbih la..
Ada yang lwak smpai terkekek2 ketawa..
nk bernafas pun semput
mane2 yang x lawak tu, aku amik keputusan xnk tgok...
i malu..
huhu...malu mlihat mereka2 seolah2 mmperbodohkan dan memalukan diri merka di khalayk ramai...
hee...


Lawak mmg lawak,best mmg best...TAPI..........

xxxx......xxx


Muqaddimah:
Hidup sebagai manusia di muka bumi Tuhan ni,
kalo x diselang selikan dengan gelak ketawa, suka ria, gurau senda
mmg sunyi la kan?
boring....
ketawa, gurauan..pengubat sedih di hati, lara di jiwa..
tapi ada batas nye....=)

Content:
Berdasarkan 2 contoh di atas, dua2 tu mmg pnuh dgn gurau senda dan gelak ketawa.padat,mampat.tapi dalam gelak2 kita, dalam suka2 kita...ada bnda yang xpatut dibawak bergurau dek kerana 
SENSITIVITY-nya

teman xnklah ngabo part personal sensitivity sbb stiap manusia ni,level sensitivity nye lain2...walau x suka mcm mana pun, kita kena hormat pandangan, dan senstiviti seseorang tu..
tapi yang aku nk tekankan di sini adalah sensitivity kita dalam beragama.
Saya bukan terlalu baik untuk kupas bnda ni, tapi juga tidak mahu jadi jahil dalam menilai apa yang patut dan apa yang tidak...

Contoh dlm cerita 
1st...dua penyampai trophy mngalunkan nasyid "Bila Izrail datang memnaggil..." dek kerana 1. dtugaskan untuk mnyampaikan anugerah kumpulan nasyid paling popular dan 
2. mungkin juga dilabel sebagai "artis yang baik" oleh media. ye la,sorang tu ustaz A, sorang lagi penyanyi yang katanya Diploma UIA...(ups, sejak bl pulak uia ada dip neh?)

2nd ..
"Sul curi speaker ni sbb nk bg azan kuat sikit kat rumah"===> penonton gelak..
"Assolatu wassalam2x" sambil mnggerak2kan bdn dan kepala dan tgn, seolah2 sedang mndengar lagu Justin Bieber....===>aih, penonton gelak jugak


~~HAHAHA,GELAK2,TEPUK2~~


...tapi nk ty skit,lawak sgt ke?
dan
perlu ke? 


Apa yang jelas di situ adalah kejanggalan dan kejahilan kita dalam mengenal pasti, yang mn yang boleh dibawak bergurau dan yang mana tidak...
dan yang ni kita xnak..
RENDAHNYA tahap sensitivity kita dalam menilai apa yang patut, dan apa yang tidak dalam konteks agama.

Kalau kita umat Islam sendiri, boleh jadikan agama sebagai gurauan,
maka janganlah nk berlagak dan melatah lebih2,bila orang2 barat, orang2 Kristian mmpersendakan Nabi kita dengan melukis karikatur Baginda SAW....dan lain2 lagi...
xde maknanye....
itu pura2 namanya....HIPOKRIT...
bergurau?ha,kalo mcm tuh, org Britain nuh pun blh cakap" kitorang bergurau gak, wat kartun je pun...yang umat Islam nk melenting ni pasai pa??"
sebab SENSITIVITY....!

dan janganlah nak bukak mata besar2,pandang jauh2,kata orang pikir out of the box...
nak cari kat mane silap dan salah yang mnyebabkan umat Islam jatuh pada hari ni.
kecikkan ruang lingkar, pndang yang dekat2...
nah, nmpk kat depan mata...
HILANG SENSITIVITY DALAM BERAGAMA
nilah yang orang2 tua dulu2 cakap
"Kuman nuh di seberang sibuk2 plak ko nk carik,nmpak plak ye.Gajah bapak depan mata,xnmpak"

makanye,

berHATI2lah bila bergurau!

Wednesday, April 13, 2011

macAM maNE Ye?

Ada mata : pandang
Ada telinga : dengar
ada mulut : cakap


cakap? betul ke?nope2.... diam sudeyh.shhhh.....


kadang2 mata yang memandang dan telinga yang mendengar asyik duk blame kan mulut je...awat x cakap? awat x habaq?
tapi bila mulut dah cakap, dah terkeluar suma isi
sape yang kena?mulut juga yang ditunding....
si mata dan si telinga yang punya punca masalah tu xd kna apa2...
"hish, mulut si A tu jahat btul...bla bla bla..."
" kalo nk tegur pun agak2 la..."
lagi dan lagi...


yang "kena" dgn penangan si mulut ni, xde pulak ye terpikir,
knapa la mulut dia tu jahat sgt....knapa la mulut tu nk kata itu ini ye?..
knapa dan kenapa lagi..
sbb si "mangsa" kpada mulut tadi xterlintas atau saje2 buat2 x terlintas
yang suma itu datang dari mata dan telinga .
mata pandang apa yang si "mangsa" buat
dan telinga dengar apa yang org cakap ttg apa yang si "mangsa" buat...
kesudahannya, mereka akan berkata
" mulut si A tu mmg jhat"


haish, dicakap salah
xcakap salah...
suma salah...
hum, mcm mane ye?






konklusi??






life is full of choices...
maka pilih mn yang terbaik.
Jadikan Lillahita'ala sebagai tiang, Muhammad Rasulullah sebgai sendi.
insyaAllah, pasti itu pilihan terbaik..
cuma mungkin ada bahagian2 yang longgar, part2 yang rapuh...
screw kan mane2 yang loggar dgn iman
dan gunakan paku berhemah untuk paku kan biar kasi kemas mn2 part yang rapuh...


"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"




Tuesday, April 12, 2011

oh exam!

Final exam kali ni, suma muka ketat2...
before exam ketat, pas exam kelat...owhho...susahnye..
rasa xlepas suma bila mengarang.mcm ada je yang nak tambah even da pnuh 1 page..
itu bermakna aku xpuas ngn jawapan aku.
ni la akibat main2 untuk sem ni...habisla pointer sem ni....
musnah nak dapat tajaan JPA sambung master.
jawabnye kna apply skali lg, n fight dgn applicants baru untuk dapatkan tajaan...xnakkkk!!!


Lpas exam, bila xdapat jawab, aku akan salahkan ITU INI
"hape la, susah gile soalan...bla bla bla"
tapi jauh di sudut hati,aku x blame kan sape2....saje je wat kepoh...
everything is on me..
kalo dapat jawab, alhamdulillah...usaha aku berbaloi.xkisah la usaha aku tu sikit atau banyak.
kalo xdapat jawab, pun alhamdulillah. sbb akhirnya aku dah lepas exam tu...
bila xdapat jwab tu, ada la tu salah kat mana2.....slah yang aku tau, dan salah yang aku xtau.
cuma bila xdapat jawab tu, rasa berat je kat dada, mcm ada bnda yang xlepas..
hooo...xsukanye...!
dan aku mulalah buat kepoh, cakap itu ini.
opss...sekarang da xblh cakap lbih2.ada paparazzi kat luar sana yang bc blog aku..
zipp...!--->hahahaaa...


huff...
sekarang da settle bab2 usaha.
yang tiggal hnyalah tawakkal...
makanya,sila lah berdoa bnyak2 ye cik pipi..
stop mumbling...okeyh??


yeeaa...dah hbis exam ni buat balik da sakit pinggang, sakit tlinga...
ada satu lg paper ni oiit....
sabau la kalo nk sakit pon.hemh...


===> apa aku mngarut neh???!!






Sunday, April 10, 2011

MaRI Mngenal DOLLY!

wAhaha...exam mood terbawak2 sampai dalam blog.
Xpe kan?
Kadang2 kalo exposedkan pada public about dunia biotech ni bgus jugak...

Kepada sahabat2 biotech ku, kalo korang xkenal sape Dolly ni, aku ketuk kpala ngn senduk..
Kepada yang baru pertama kali or dah prnah dengar pasal Dolly ni, but xpasti, apakah Dolly?
adakah sejenis kuih? or mainan terbaru  Barbie?
jom scroll bawah kalo nak tahu lg detail

Dolly ni adalah haiwan pertama yang berjaya di klon tanpa melalui "proses tabi'i" yang normal untuk hasilkan seekor anak. pahamkan proses tabi'i tu ap?
Dolly.iaitu seekor biri2 ni, dihasilkan melalui proses yang dlm omputihnye " somatic cell nuclear tranfer"
dimana 3 ekor ibu diperlukan dan zero bapak..kagum kn?
1st mom--->give sel telur yang matang n yang telah dibuang nucleusnya.kita pggil "oocyte"
2nd mom---> the one yang bagi DNAnya untuk fused dgn oocyte di atas

Then oocyte dan DNA td difusedkan melalu electric shock...dan after 6 hari bila bhn2 yang dicampur td dah jadi embryo di dlm lab, here come her 3rd mom.
3rd mom---> surrogate mother iaitu ibu tumpang yang menumpangkan embryo td dlm womb nye..

da mcm lecture notes plak.hee
After 100 days, tadaa!keluarlah seekor biri2 yang bernama Dolly.


Dolly ni xmacam anak biri2 yang lain. after je lahir, dolly blh terus stand and sucking tanpa bantuan sape2..
Dolly dibesarkan oleh scientists di Roslin Institute di Edinburgh.

haa...ni dia Miss Dolly.


Sepanjang hidup, dolly dipenuhi dgn pelbagai
kontroversi. kalah artis.wahaha...tu la, lg baik jdi biri2, kontroversi byk2 pun xbuat doasa. ni artis, peluk sana sini, tgkap basah, kering..tunjuk tu ini sbb nk popular...hambik ko, jdi biri2, fofular gak...

see? da mcm artis dah...haha credit to Roslin Institute
Oleh kerana DNA yang didonatekan kpada Dolly diambil dari biri2 betina yang berumur 6 tahun, maka secara tak lansung, Dolly sebenarnya lagi tua dari usia sebenar.

Tua2 Dolly pun, dia ada family dia sendri tau.haha... dolly di matekan dgn Welsh Mountain ram and dapat 6 ekor anak.wahaha...keluarga bahagia!

on 14/2/2003, Dolly yang hidupnya penuh ngn kontroversi, mati disebabkan arthritis and having progressive lung diseases..tadaaa...habis cerita..

Biodata si Dolly

Born : 5/7/1996
Announce: 22/2/1997
Die: 14/2/2003

Friday, April 8, 2011

pEEENiimmm...=)


Exam tu masalah kecik.yang di besar-besarkan oleh student yang xbersedia dr awal...macam aku..heee
sekian.

Thursday, April 7, 2011

Beruntunglah bagi mereka Yang Asing

Sekadar berkongsi cerita.Bacalah jika ada masa terluang.soo nice...

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]
                                 
Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:
“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT juga menyebut:
”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:
“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]



Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

Credit to: Ustaz Hasrizal  Abdul Jamil




Tuesday, April 5, 2011

settLE Dah...

Nasuha vs UNISZA???
aku ada 2 reply form untuk LI....=)
Semalam before ke dewan exam, aku dapat a call from kak Ada (PA Dr. Jamal)
Ni bukan soal exam or carry mark or apa2 yang berkaitan dgn Dr Jamal...
ni soal LI.
LI? Xsttle lagi kah?ohhooii...


Dari apa yang diberitahu, nama aku sekarang berada di 2 tempat.
Nasuha herb's di Pagoh, tempat yang aku usaha sgt2 nk dapatkan placement kat sana dulu.
and, UNISZA, tempat yang pnyelaras LI "campakkan" aku :)
Jauh di sudut hati, mmg sgt terkilan bila dapat berita ni.
Katanya dulu, form LI aku x diproceedkan di Nasuha, 1st choice untuk LI aku.
"Awk org Terengganu,jauh. akak dah hantar UNISZA".
Logik kah alasan tu? sbb aku org Terengganu, jadi aku hanya layak untuk mndapat tmpat kat sana.?
salah ke aku nk cari ilmu, pngalamn di tempat lain? tempat yang aku pilih?
Bila aku dah mncari tmpat praktikal jauh dr kmpung, itu bermakna aku dah bersedia untuk hadapi apa je risiko yang datang...tapi, aku x diberi pluang pun...
ok, aku terima dengan hati yang terpaksa.tapi aku redha...
pada aku, mungkin ada hikmahnya.
aku terima bulat2 keputusan dr pihak atasan.
aku dah x kisah, kemana mereka nak campak aku.
Alhamdulillah...dah settle.UNISZA..i'm coming..


xlama selepas tu, aku dapat tau yang kawan2 aku hmpir 10 orang, dapat placement kat sana.
kalo nak diingat2kan kembali alasan yang diberi pada aku, most dripada kwn2 aku tu mmg xlayak pun dapat kat sana.sbb? ada yang dari Kuantan, Kelantan...jauh dari Johor.
Sekali lagi aku terkilan.......


Bila hati aku dh terubat, dah xingat pun pasal LI ni...
aku dapat berita yang aku sebenarnya, pada asal2nya dah diterima di Nasuha..
what??
Dan nama aku sengaja dipotong. hoho....
Dari apa yang aku tau, ada 3nama yang direject. 2 lagi diganti oleh orang lain.
tapi untuk application Nurul Afiqah Binti Ali, tiada yang ganti 
dan dalam database LI IIUM Students, namaku still di Nasuha Herb's and Spices, Pagoh, Johor....
Akak yang sepatutnya mnyelaras hal2 LI kami, tiada.aku xtahu dan xmahu amik tahu pun kemana dia pergi.
Jadi, urusan LI students, di agih2kan kepada staff2 yang ada.
That's why, Kak Ada uruskan hal aku...


sedih? sgt sedih...
apakah lagi alasan munasabah yang si penyelars tu dapat bg pada aku untuk sedapkan hati aku...
i think, nothing...
aku ikut suma procedure yang ditetapkan...
aku x membangkang macam yang lain.
TapI kenapa, bila aku dah dapat placement for my 1st choice, si penyelaras dgn senang2 nye potong nama aku,dgn alasan TERENGGANU JAUH DARI JOHOR
dan proceed kan aku kat tempat lain....
Dia selalu merungut, students batch aku susah nk dihandle.byk songeh, byak berbunyi. dah dapat placement pun,sibuk nk tukar2....
ok, fine.mungkin itu yang lain.
Tapi aku?
dah terang2 aku dapat di tempat yang aku pilih, siap dengan reply form lagi yang mngatakan 
"Pelajar ini akan ditempatkan di : Budayatama Corporation Sdn. Bhd.................."
Aku blh terima kalo dia x proceedkan lagi aku di Nasuha dan terus ke UNISZA...
tapi aku sgt2 plik...kalo nk diikutkan, suma dah sttle
tapi, ats sebab apa dia potong nama aku dan mnyusahkan diri mncari tmpat yang lain untuk aku...
aku mmg xpaham.


Jadi sekarang, bila dtanya teman2 kat mana plihan hati
aku pilih UNISZA. dan andai kata pihak atasan nk "baling" aku kt NASUHA balik,
aku akan fight untuk UNISZA...
pada aku, mungkin Nasuha bukan untuk aku time ni.
mungkin pada masa lain.....


kepada UIA, aku cadangkan pilih pekerja yang betul. Kalau perlukan 2,3 orang pekerja, usahakan lah daripada nasib students "dibaling2 dan dicampak2" mcm ni.dan perbaiki sistem yang ada.


Sekian.


reply form dari Nasuha

tarikh reply letter Nasuha (28 Januari 2011).lagi awal kalo nak dibandingkan dgn...

reply form UNISZA bertarikh 13 Feb 2011









~Surat Buat Adam~

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!
Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.


Sekadar berkongsi cerita
Credit to: www.iluvislam.com



FuhHhH....!

Alhamdulillah...finished my 1st paper...
Hilang separuh beban di bahu..
bersiap sedia untuk paper second.
study? hoho...sabau...
bagi ada ruang dlu kat kpala....


sem ni aku dan kawan2 blajar pasal analytical method
tapi soalan kuar pasal instrumentation yang last sem
sebijik notes!
baca bagai nak rak..
tapi xkuar...
hoho...mmg dugaan btul la


exam hall kami td xber-ekon-
panas?Tuhan je yang tahu
dgn pkai sweater nye...mmg bgus sgt...


kepala dah ngok ngek ni...
tata~
saya stresssssssssss...........

Saturday, April 2, 2011

Exam Datang lagi....(^_^)


Pejam celik, pejam celik dah habis sem ni.
Final exam is coming...!
wah wah cik pipi bakal menamatkan status 3rd year student...
next sem dah jdi super senior..
ngehngeh..
betapa lamanya eden menntikan saat2 untuk bergelar akak final year..
akhirnya..

Bercheritera mngenai final exam ni, mcm2 ragam yang dapat kita tengok.
mcm2 style.
ada yang dah masuk round ke-2..tau x round ke-2 tu apa?
dah repeat baca notes for the second tym..
hebatkan?

i?
op kos la x habis lagi.
saya suka main2..
selama i jadi student kat uia ni, i xpernah habis baca suma notes,
msti ada yang tertinggal..hee.
jgn ikut cara belajar saya ye..

Time2 mcm ni, ada yang berbunyi..
"Si A tu dah baca suma dah.aku banyak lagi xbaca.eii takutla"
Rasa gerun muncul dalam diri bila melihat teman2 sekeliling dah khatam suma notes, suma lectures.
tu memang perkara normal.
Apatah lagi kalo roomates kita tu classmate kita, hoho...lg dasyat kn?

Imbas kembali 4bulan lepas

kita dah belajar,dah usaha satu semester...4 bulan.lama tuuu...
gi kelas pagi petang, smpai terbongkang keletihan...
tapi bila time exam, kita lupa usaha kita selama ni.
yang kita duk fikirkan...
"aku x usaha lagi..."
" si A belajar lagi banyak dari aku."
"habislah aku...mcm mn ni."
jadi, kerana melihat teman2 buka buku, study..so, kita pun study
at least KITA STUDY.KITA BUKA NOTES,BUKAK BUKU..
kita takut...takut apa?
takut kawan2 baca lg banyak dari kita.
minah ada notes senior, kita pun sama2 nak...
(walhal xcek pun samada kita ada blajar x notes tu)
tapi xplah, minah ada,jadi aku pun nak jugak lah...
nanti minah dapat jawab, aku xdapat jawab...

senario yang biasa kita dengar, lihat dan ada yang mengalaminya sendiri.
Bimbang, takut, gelabah...
Bimbang terkebelakang dari yang lain
takut xdapat jawab
gelabah ntah apa2...

why not, take a deep breath....duduk comeyl2, and pikir sejenak
betul ke apa yang kita buat tu?
adakah dengan apa yang kita buat tu, kita dapat apa yang kita nk?
ataupun sekadar mnambahkan debar di dada?maklumlah,nak exam...mmg berdebar kn?

Bersangka baik dengan usaha kita.
Pernah dengar?
Selalu kita dengar bersangka baik kpada teman2, kwn2...
tapi kali ni --> Bersangka baik dengan usaha kita sendiri...
kenapa tidak kita yakin dan percaya dengan usaha dan penat lelah kita selama ni.
rasa xcukup ye apa yang kita dah buat selama ni.....
mcm mana nak menilai cukup atau tidak usaha kita tu?
adakah dengn mmbandingkan dgn usaha teman disekeliling?
tepuk dada, tanya selera...nyum2~lapar ni..
hehe...

kwn2...teman2..
setiap dari kita ni, Tuhan dah bagi kelebihan masing2.
ada yang diberi cepat tangkap, cepat dapat apa yang dipelajari
tapi mungkin dia tu panas baran, xsabar...
ada pula yang Tuhan bg nikmat kemewahan harta benda, 
tapi agak lambat nak mnghafal pelajaran...
baik di satu sudut, kurang pula di sudut yang lain.....
suma Tuhan bg mcm tu.
apa yang mmbezakan kita adalah mcm mn kita nk deal dgn apa yang kita ada..
jangan diharap apa yang ada pada diri orang lain.
bijak dia, pndai dia, tomeyl dia...
tapi
usaha untuk jadi sebijak yang kita boleh, sepandai yang terdaya dan secantik yang termampu.
bijak, pandai, cantik tu subjective bentuknya
Andai xmampu untuk bijak pandai dalam pelajaran
bijak pndailah dalam pertuturan, dalam mngmbil keputusan, dalam tingkah laku..

Tiada sape yang blh knal diri kita sebaik diri kita sendiri.

Dan yang pling penting
No one in this entire world could do a better job of being "YOU" except yourself!
Be yourself.
rasa nak bertanding?
bertanding la ngn diri sendiri...
kita tahu mane kurang kita, mane lebih kita...
andai rasa kurangnye...usaha lagi.
tapi rasanya manusia ni xpernah rasa lebih kn?
manusia xpernah puas..
apabila kita mmbndingkan pencapaian kita dengan usaha yang telah kita buat
baru kita tahu, dimana kita sebenarnya....

hee...sekadar berkongsi pendapat.Gudluck exam kwn2!

Friday, April 1, 2011

Perut Pemimpin Yang Dicari

Suatu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjamaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau yang serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?” .”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” beliau rasakan sudah tidak cukup lagi, Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Beliau menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”

Beliau mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat beliau terdiam seketika ,ada yang ,menangis teresak terharu.

Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

Sekadar berkongsi cerita
Credit to: Ustaz Azhar Idrus



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...