Tuesday, August 23, 2011

reHat sekETika

Fuhh... rehat kejap setelah mempacking kuih muih sebanyak 3kg.
xdela letih sgt kalo nk dibandingkan dengan 3,4 hari yang lepas.
kerja non-stop. 
Alhamdulillah...rezeki Ramadhan.
Terima kasih Tuhan..

Ramai jiran yang datang bertandang. 
bukan dtg nk beli, tapi datang nk bg komen...
"Pi, mu beniaga ni untung ke x?"
" Ni nanti balik modal x ni? mcm banyak je guna duit"
"kaya la mung pi...blh wat bli kereta la.hahaha"---> perli

Fuhh...jawapan aku? senyum xperlu kata apa2....
ni meh saya nk jawab.
kepada incik2 jiran sekalian, terima kasih banyak2 ye...
saya xperlukan "kata2 semangat" dari anda semua..
saya dah punya kata semangat saya sendiri, ada family, ma n abah...
dan saya tidak membuat jualan untuk jadi kaya.
 saya just nak cari pengalaman penat lelah hidup seorang peniaga.
it's very fun actually.. 
sbb dapat tgok duit ada kat tangan.
saya tau, xbanyak. 
tapi ckup2 untuk tidak menyusahkan mak n abah saya 
selama mana hmpir 5bulan saya bercuti...

apa yang saya dapat? uihh...xperlu la nk bgtau
suma bnda keperluan dan kehendak saya dah dapat sya beli..
mode: anak ko ada??(hahaha)

tu x ditambah lagi dengan makhluk2 yang mencaras perniagaan aku..
selama aku hidup 16 tahun kat kampung ni, xde sorang pun yang meniaga kuih ni..
alih2 bila aku wat meniaga, hai ramai la plak ye yang buat sama.
sebelah rumah pulak tu...
betul la kata orang tua2..
orang yang paling nak sgt tgok kita jatuh adalah orang yang paling rapat dengan kita
lagi bertambah2 geram, dia guna label aku!ayat aku!
eiii....ko pehal.nk meniaga pikir la ayat sendiri...!
ayat ni pun ko xlh nk pikir kee?:

Popia bersalut
Nestum
Sedia menerima tempahan.
(Untuk majlis keramaian, juadah hari raya,dll.
Harga mengikut berat timbangan.)

Hubungi :


huhhh...xpe2...rezeki masing2.
memang.tapi aku tetap geram!...
ishhhhhh..............!


Sunday, August 14, 2011

Jangan taMak tau!

Masih mengharap ada pertambahan tempahan kuih ku.
Rezeki Ramadhan...

Ya Allah, permudahkanlah rezekiku.
Amin amin Ya Robb


Tuesday, August 9, 2011

4 isteri??!

Sekadar ingin berkongsi...=)



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

credit to : Blog Teh Secawan

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Kareem...~

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan...

Mungkin masih tidak terlambat untuk aku ucapakn "selamat datang" buat bulan yang penuh keberkatan ini.
Hari ni 08.08.11 
genap 8 hari semua umat islam di seluruh dunia
 menahan lapar dan dahaga demi memenuhi kewajipan sebagai seorang muslim..
Alhamdulillah, tahun ni  aku berpeluang untuk berpuasa bersama2 dengan keluarga ku di rumah.
Untuk tempoh sebulan.
Selalunya, bila seminggu mahu menyambut Aidilfitri, barulah nmpak aku tergedek2 ke bazar Ramadhan yng berhampiran dengan rumahku, menolong ibu membeli itu dan ini untuk juadah berbuka.
seingat aku, dah 10 tahun aku tidak merasa berpuasa beramai2 dengan kaum keluarga ku.
memenuhi tuntutan ilmu di rantau orang..
cukuplah teman2 pengubat rindu adinda-adinda di rumah 
dan juadah "pasar malam dan cafe" sebagai  pngganti buat masakan mama ku di rumah.

Apabila terdengar je pengumuman Ramdhan 8 hari yang lepas, hati aku terusik.
Teringatkan arwah nenek yang sudah hampir setahun meninggalkan kami.
Teringatkan kekecohannya di kala bersahur, mngejutkan kami adik beradik.
Juga merindui saat2 bersamanya ketika berbuka.
makanan xboleh pedas2.sakit mulut katanya.
Jika ada buah2an yang terjual di birai2 jalan atau hasil tanaman sendiri,
 tangannya terus sibuk nak mengopek kulit si buah.
senang untuk cucu2 nya mkan katanya.
Bemacam2 jenis kuih yang bermain di mindanya.Order itu dan ini.Bukan kuih yang minta, tetapi ramuan2 untu mmbuatnya.Rajin.
Tahun lepas, arwah sakit. dah x mmpu untuk berpuasa.
dan tahun ni, arwah sudah pun bersama2 Tuhannya di alam sana.
Saban hari aku teringatkan arwah.
Seringkali bermohon untuk bertemu dgnnya biarpun hanya di alam mimpi.
Moga dia aman disana.......

Hajat di hati ingin bekerja, cari duit lebih kononnya. Tapi xsampai dua hari, lenguh situ, penat sini.
~i ni mnja rupanya..-lama dah tau-~
Maka, aku mngmbil keputusan untuk berhenti kerja.
rasa bersalah yang xterhingga kepada si empunya premis
.maafkan saya..
tapi aku rasa ini adalah yang terbaik.untuk kedua2 belah pihak.

Perusahaan "Popia Bersalut Nestum" ku masih dalam proses menerima tempahan.
Moga rezeki melimpah2 di bulan rahmat ini..

MAKANYA

PROMOTE,PROMOTE...!!!
POPIA BERSALUT NESTUM 
Kunyah sekali, pasti nak lagi
(hapo ko bondo la slogan aku nih)
SESUAI UNTUK DIJADIKAN JUADAH DI HARI RAYA.HARGA MENGIKUT BERAT TIMBANGAN

 p/s : picture lmbat skit.x jumpa angle lawa.maklumla,kamera murah.sob sob
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...